Tuesday, 19 June 2012

Kalau sayang, apa buktinya?

"inni uhibbuki fillah..."

"Ahabbakallazi Ahbabtanillahu..."





Ucapan sayang yang selalu dituturkan oleh sorang ukhti kepada ukhtinya yang disayangi. Sangat lah sweet. Lebih lagi bila hubungan dibina atas iman dan taqwa.

Tapi, akan jadi "kurang sweet", jika ucapan itu hanyalah sekadar ucapan, tanpa dizahirkan dengan perbuatan.

Bak kata dalam cerita cintan-cintun jiwang karat bagai kat tv, "kalau sayang, apa buktinya?"
*blerghh :P




Setiap kali birthday mesti bikin surprise.
Bila nak exam, memberi kata-kata semangat.
Bila sakit, datang ziarah.
Bila ada masalah, menjadi pendengar yang setia.

Okay, lagi?

Ya, sememangnya semua itu termasuk dalam hak-hak berukhuwah. No doubt.

Tapi, ada satu hak yang teramatlah susaaahh untuk dilakukan. Hak ISTIMEWA, yang selalu terlupa untuk ditunaikan.



Kadang-kadang kita laju je membuat assumption -
"Eh, dia kan akhawat, ikut tarbiyyah, usrah jugak. Dulu pulak sekolah agama, takkan la tak tau benda tu salah kot? Hurm, mungkin dia terlupa atau tak perasan kot, nanti jadi baik la semula."

Tanpa menyedari, dia juga manusia biasa. Tak lari dari salah dan silap.
Tanpa menyedari, dia dalam diam, dalam hati kecilnya juga berkata,
"Eh, rasa apa yang aku buat ni macam tak betul, takde ke akhawat yang sudi untuk membetulkan dan menegur aku?"

Lagi parah, kita seakan menjauhi pula ukhti kita tu.

Akhirnya, sedikit demi sedikit, kekeringan dalam ukhuwwah itu akan mula dirasai.
Ukhuwwah yang pada hakikatnya indah, mula terasa goyah.
Kerja-kerja dalam organisasi pula terasa semakin payah.


# Kalau sayang dah dibuktikan, apa pula reaksi kita?



Seharusnya, kita berlapang dada dan menerima teguran dari ukhti kita.
Usah lah bermasam muka apatah lagi terus mendiamkan diri untuk jangka masa yang lama dengan mengatakan, "saya sedang futur".

Sesungguhnya, teguran yang diterima itu, tanda kasih dan prihatinnya akhawat itu kepada diri kita.

Akhir kalam, moga ukhuwwah kita akan melayakkan kita untuk mendapat perlindungan-Nya di akhirat kelak.

Love,
Aisyah Hijazi

P.s/ so, baiklah korang tegur anything that I do wrong. Kalau tak tegur, korang tak sweet. Tahu? Muahaha!

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
 

Sampai Sorga | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates